Jumaat, 8 Disember 2017

Minggu ke-4 , Bulan January 2017 - Minggu bersama Keluarga Tercinta

(Backdated Post oleh kerna problem line January 2017 yang lalu)

Yesza , kita hidup perlukan teman. Daripada seorang teman tu lah yang mencambahkan kekeluargaan. Pehhh.

Isnin - 23 January 2017
Balik dari Langkawi ngam2 sampai mem dah siap nak hantar bebudak ke school taska. So aku pong berehat la seharian setelah diberi chance oleh mem untuk berehat. Petang aku amik TM Aydeen, musim hujan sekarang. Apa da hal, baju kalis peluru ada (Baju GiVi).

Selasa - 24 January 2017
Aaaa , inilah harinya. Hari yang agak rushing jugak bagi aku. Pagi mintak mem print IC colour untuk hal achievers. Sekali lupa IC aku kena copy baru, sebab yang tu versi lama. Haha. Bedallah, alamat & butir2 sama, gambar je dah matured sikit laa. Kat MGN edit sikit Biz Card , buat sesimple boleh, tema colour macam FB, logo macam Volkswagen - Das Auto. Haha. 

Setel je, pegi hantar air kat TM Aydeen, kesian pulak makan takde air, lupa nak bagi. Terus shoot ke kedai gambar, update pic pasport. Nampak tua dah muka aku. Haha. 8 keping RM15, dulu RM10, mak aih.

Hujan masih renyai, kalo tak pakai raincoat, boleh lencun juga la. Terus shoot ke BSN BBS, penuhhh. Jangan tunggu, terus ke BSN Batu Caves, Alhamdulillah takde orang. Tapi nak bil api pulak dah, sebab alamat IC Johor. Ichiban. Patah balik amik bil, bila datang balik, no giliran aku tadi tak gerak, hahah. Setel je BSN aku terus shoot SSM UTC Pudu Sentral.

Berpeluh gak cari SSM kat UTC Pudu, aku pi tingkat 2, tak perasan kat lif tu dia tulih dah pindah ke G Floor. Harem. Ok , setel update nama company Moglo Ventures menggantikan Moderaksi Global Network yang dah mati 2 tahun lepas. Ni achievers punya hal, kalo dak memang tak tau bila nak renew SSM, Haha.

Ingat boleh siap cepat, kena tunggu proses sejam. Sementara tunggu tu aku terus print Biz Card yang dah design tadi, cantekkk, kedai tepi SSM tu boleh bikin. Dia cakap 30 minit je, tapi tak sampai 5 minit, setelll. So, dapat menjimatkan masa dan wang ringgit, sebab plan asal nak pi KL Sentral, mujur kat situ ada. Entah2 kat Batu Caves pun ada ye dak. Haha

Balik terus amik kete nak pickup mem nak hantar mak pak adik aku pi umrah. Alhamdulillah rezeki diorang. 415pm dari opis mem, terus ke KLIA ikut waze bawak jalan lalu DUKE - ELITE , dalam 530pm sampai. Sikit lagi nak terlepas, diorang dah nak masuk departure hall 545pm. Rushing gila. Tapi aku tenang je la, kalo terlepas apa boleh buat. Tapi Allah bagi jalan, alhamdulillah dapat jumpa, peluk cium mak aku. Nampak ceria wajah dia nak pi Mekah. Abah aku, lepas salam peluk aku, terus dia masuk kat boarding pass tu, betul nye excited. Hahah.

Setel semua, aku bawak pulak Raof, Azizi , Rozaini & family balik Selayang. Sebab besok ada book hotel di PD. Diorang kena follow aku pi Bangi, nak hantar submission dokumen achievers. Sampai kat tol SILK Kajang tu diorang terlajak pi bukit kajang pulak dah, takpe, aku suggest diorang search je gmaps atau waze terus ke rumah aku. Kang nak mencari-cari nak konvoi mau sesat-masat lagi. Hahah. Sampai BBS si Azizi dan Iskandar memang dah carpool dengan kitorang, so dapatlah pekena nasi lemak kukus stadium sesuap dua.

Very the rushing day :D

Rabu - 25 January 2017
Oleh kerna nak tunggu TM Aydeen balik sekolah petang, aku suruh diorang gerak dulu ke PD. Biar diorang enjoy dulu momen di PD. Kitorang menyusul kemudian, sampai dalam pukul 930pm. Check in hotel Lexis PD. Terus keluar makan kat kedai tom yam tepi Lexis tu. Harga, agak mahal. Makan ikan siakap 3 rasa, telur dadar, tomyam, sotong cili, kailan ikan masin , air tembikai untuk 6 orang RM100. Mujur sedap. Hotel aku dapat bilik yang agak hampeh. Sebab air panas takde. Bilik air kat pintu masuk, dan pintu jamban dan bathroom xde kunci. Tapi tidur selesa la. Boleh tidurla, dah penat.

Khamis - 26 January 2017
Pagi-pagi bawak bebudak main kolam swimming pool. Seronok diorang. Walaupun sejuk pagi, bertahan jek main kolam, padahal kat rumah takut mandi pagi. Especially TM Aydeen. Kakak Nea dah menggigil2, tapi tetap nak main air. Mujur ada playground tepi tu, dapatla pujuk dia keluar. Bukan apa, takut kene frost. Haha. Sementara tu sempat la aku praktis renang lagi, free je takyah bayar. Kolam pun tak dalam, 4kaki je. Breathing aku belum cantik lagi.

Setel je, terus check-out hotel. Destinasi seterusnya, kitorang pegi 3D Art Gallery Upside Down kat Teluk Kemang , PD. Tengok kat blog rm15 Dewasa, rm10 Kanak2 bawah 90cm. Sampai situ Dewasa RM20, Kanak2 rm15. Cepat betui naik rege. Kat dalam enjoy la bergambar, sapa jenis kaki bergambar dengan teknik kreatif pasti suka.

Singgah solat sat masjid kariah telok kemang. Travel Charger pulak buat hal. Terpaksa tumpang masjid mengecas. Setel je terus singgah Pantai Teluk Kemang. Bagi anak-anak main pasir bereksplorasi. Dah agak petang sikit kitorang pong beransur. Satu ke KL, satu ke Johor.

Malam ada meeting Summit Features pulak kat Subang Airport. Back to work!

1 ulasan: