Jumaat, 8 Disember 2017

December Summary of 2017

Betul punya berlumut blog ni awal january last update , baru la ni nak menaip semula . kejadah apakah ini .

Baru balik bawa family ke Bayou Lagoon Melaka untuk ke-2 kali nya 3-5 December 2017. Sebelum ni follow trip office mem, kali ni dengan family belah mem. Suasana ok, menarik untuk mereka yang inginkan percutian santai dengan kos bajet yang berpatutan. Anak-anak pun seronok bermain air, panjat gelongsor air tak hengat dunia. Dengan misi menapau makan ala-ala mission impossible pong ada, dengan kerjasama erat Biras dan Pak Metua. Haha

29 Nov 2017 haritu hantar barang adtec jerantut dengan bos hafiz. Tapi misi tak selesai sebab tak dapat nak buat training. Aku pong pening melayan mendalah ni , benda simple tapi jadi rumit sebab kan miskomunikasi. Bersambung ke depan sekali dengan hantar barang ke ilp labuan la pulak.

22 Nov 2017 bawak Muneer pi pediatrik HKL, doktor bagi kata-kata semangat biasanya belum sampai 2 tahun akan turun, kalau tak turun juga baru ler pi ke next step untuk turunkan. Hope turun ler sendiri naturally.

23 Nov 2017 TM Aydeen dapat naik pentas amik sijil sempena peningkatan prestasi cemerlang tahun 1A. sekarang dah takde sistem nombor 1,2,3. Baguihla dok ada.

24 - 26 Oktober 2017 haritu Summit buat training MoCap sementara orang Vicon datang, aaron namanya. dari MJIT KL ke UPSI, then UiTM Shah Alam. 26 tu visit perkeso melaka aku tak follow. Ada ura-ura mengarahkan aku ke UK tahun depan untuk belajar animation MoCap guna Vicon Blade. Entahler kome, otak dah karat, nak buat balik animation, last dulu masa kerja inspedia, ada la buat clean-up animation tu pong tahan sebulan. Tengok nanti camne rezki yang turun.

21 Oktober 2017, last hantar TM Aydeen belajar komik dengan Saiful Nang Academy. Ok la, boleh la dia dapat basic. Minat ke arah tu belum nampak sangat. Dia lebih suka tengok kartun dan baca komik daripada menghasilkan. Ke depan belum tau lagi. At least tahu lah cara nak buat kotak jalan cerita tu, heheh. Macam aku dulu memang tiru betul-betul dari komik, takde pergi kelas pong.

Menjelang tahun baru 2018. Go for it!


Tiada ulasan: