Khamis, 26 Ogos 2010

Wake Up, The House is on Fire!

Karya seni aku di tahun 2004 yang seterusnya berjudul 'Maafkan Aku Izlan'. Memainkan ritma ceritera yang hampir sama dengan 'Kamal' - keinsafan & degilnya seorang kanak-kanak.

Komik 1 shot, 8 muka yang memaparkan bagaimana kedegilan seorang budak membawa padah mengakibatkan rumah nya terbakar.


Jika diperhatikan dari plot ceritera, budak yang namanya Rosdie ni bagus, pandai masak dan bijak menghidupkan dapur gas. Disangkanya boleh handle, rupanya sang kucing bikin angkara. Siapa sangka, minyak tanah boleh la bau, tapi malang cannot smell maa.

Pada 12 Ramadhan 1431H aku mendengar berita perihal mercun buatan, yang berjaya mengorbankan 1 nyawa anak kecil berusia 6 tahun. Percaya atau tidak, anak tersebut melambung ke atas pokok dan mati serta merta kesan dari letupan mercun - belerang yang dimampat kan oleh abah nya dalam tong gas. Hebat bukan?

Isnin, 16 Ogos 2010

Bazooka Buloh Betong


Satu lagi petikan dari karya seni aku di tahun 2004. Yang ini bertajuk 'Kamal'. Komik 1 shot 8 halaman berkenaan budak degil yang kudung tangan kerna bermain sukan mercun. Adaptasi dari Buku Cerita Kanak - Kanak terbitan DBP. Mood penceritaan kali ini bercorak keinsafan tapi sudah terlambat untuk sebuah penyesalan. Ibarat kata pepatah "Nasi sudah menjadi bubur". 

 

Dari segi pengaruh & unjuran kaitan cerita ni tak banyak yang bisa dikaitkan kerna aku juga sudah agak lama tidak menceburkan diri dalam sukan ini. Pernah sekali tercucuh kaki dengan bunga api sekitar umur 6 tahun gara-gara tidak memakai gogle bagi menghindari percikan bunga api yang mengganas. Motivasi untuk anak-anak kecil agar menjauhi sukan mercun kerna risiko kehilangan anggota badan amatlah tinggi.


Hari ini 6 Ramadhan 1431H, rasa aku belum ada lagi khabaran perihal kemalangan akibat sukan mercun. Mungkin ada, tapi tenggelam dek kebanjiran kisah-kisah disposal anak-anak tak sah taraf yang sangat kasihan.

Jumaat, 13 Ogos 2010

Ganbare, Kickers! dan Captain Tsubasa Versi Amateur



Ini petikan hasil kerja seni aku masa lepas grad tahun 2004. Saja aku up kat sini, rasa sayang pulak kalau tersimpan rapi dalam kebuk wasap di rumah aku. Just in case ada yang tanya, aku bisa gambarkan.

Tajuk komik ni 'Impian Izlan'. Diadaptasi dari siri cerita kanak² terbitan Dewan Bahasa Pustaka (DBP).
1 shot 8 mukasurat tiada episod.


Ada pengaruh 'Manga Kapten Tsubasa & Anime Kickers'. Manga & Anime Jepun yang pernah mempengaruhi
aku masa darjah 6 dulu. Tiap petang lepas nonton 'Kickers' aku mesti turun padang, konon nak aplikasi kan apa yang aku tonton di TV time tu. Kalau buat aksi lipat basikal tu rasa macam menjiwai watak hero nya 'Kakeru'.
Siap aku bikin komik sendiri, lukis guna pensel tajuk 'Johor Team' (sebab aku anak Johor) bagi kawan² baca.
Aku pun tak tau mana hilang nya komik² tu semua.


Yang pelik tapi betul ke, sekarang aku kaki kerusi. Ceh!