Selasa, 24 Mei 2011

Stesyen Kerja Berjasa Rehat Sebentar Bersama Kit Kat

Time ni lah kalu anda nak lepaking bersama kit-kat sambil bersila atas kerusi pejabat setelah bertungkus lumus memburuhkan diri di depan pc.

Bila pc anda kejung tanpa menunjukkan tanda-tanda mahu bertindakbalas.

Bila tekan-tekan papan kekunci,pintu masih tak terbuka.

Bila user name di task manager langsung tak muncul untuk sistem bekerja dengan lancar.

Nasib baik teknologi j20i aku tak menghampakan sangat, sebab masih bisa bertrolling dengan wifi yang ada.

Moral nya, jangan panik kalau pc hang, hidupkan wifi guna gajet yang ada,buat lah macam bz gak sama seperti sediakala. LOL!

Isnin, 23 Mei 2011

The Letterheads - Selamatkan Sungai Hijau Bumi Tuhan



The Letterheads - Selamatkan Sungai Hijau Bumi Tuhan

Pejamkan matamu untukku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu di sini tempatmu
Walau berubah di mata kita tetap indah
Selagi kau masih percaya

Ketawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus kian berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya

Sekali ku memandang kehijauan saujana mata
Semusim yang benderang hati riang nikmatnya tuhan
Kita belalah bersama-sama
Kita jagalah harmoninya

Damai terperi kicau bernyanyi
Burung berkicauan riang terbang
Ombak menghempas pantai menanti
Indah biru laut ini pasti

Salam diberi insan di bumi
Itu nikmat hari hari ini
Tegur dan sapa senyum ketawa
Itu tanda kita riang
Abadikan keindahan ini

Biarkan berlabuh tirai kisah semalam
Yang indah itu ada padamu
Dengan setiap impian dan harapan

Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Jumaat, 20 Mei 2011

Suasana Sejuk Bilik Mayat Tak Mampu Menipu Sejuknya Suhu Bilik Sawancara

Ada 2 berita disiarkanNya dalam tempoh 24jam;

1st-Kelam kelibutnya seorang kerani cabuk membuat persiapan untuk menghadapi temuduga perubahan jawatan.

2nd- tergamam mendapat khabar buruk,saudara atau kaum keluarga yang terlibat dalam kemalangan maut.

Situasi begini jarang-jarang berlaku tapi anda perlu berlaku adil & tenang seperti tenangnya air sungai pahang yang acapkali menagih korban jiwa.

Siapa sangka, sungai gombak dan sungai klang bila bertemu menjadi kuala yang penuh palit lumpur dan harta qarun..

Khamis, 19 Mei 2011

Sesi Sawancara Tahap Beku

Temuduga?

Ya betol! Satu situasi di mana anda disoal siasat untuk membenarkan sesuatu tampuk jawatan berada dalam tangan.

Nervous & sejuk bukan?

Itu kalu mintak kerja kat tempat yg anda tak pernah masuk & tak pernah tau environment kerja nya.
Camne dengan temuduga naik pangkat or naik gaji? Sama je kot. Beza nya, of course la tempat tu kita dah tau kondisi dia plus minus dapat la jawab dengan penuh bergaya.

Tapi awas, jangan over confident. Sebab bila dah over confident boleh membawa kepada over acting. Paling hina, diorang mungkin akan kata

"eleh, act je lebih mamat neh, cube buat tengok"

So selamat berjaya kepada calun2 yg akan ditemuduga, wether di alam nyata atau pun fana.

Huhu. Seram sejuk la plak..

Rabu, 18 Mei 2011

Teknologi hijau di hujung kuku

berat & menarik setakat ni. Itu pernyataan ringkas untuk selular baru aku. Oleh kerna connection wifi terdapat dalam feature nye, maka dapat la aku post sumthing secare terus dari selular j20i bertema kan mesra alam (hati hijau) ini. tapi nak tengok gak la output dia camne, kena space dia 2-3 jengkal, jenuh gak la nak scroll down. huhu, ujian 1,2,3..cekidout..