Rabu, 16 Disember 2015

Kisah Anakin & Luke Skywalker

Kisah anak dan bapak pada dimensi yang berlainan.

Korang mesti dah biasa dengar dua nama ni kan. Anakin dan Luke Skywalker. Bagi yang tak pernah atau pun tak tahu siapa depa ni, izinkan aku memperkenalkan serba sedikit pasal depa ni. Diorang ni adalah watak dalam Filem Star Wars - Filem Sains Fiksyen yang dicipta jauh melepasi logik pemikiran masa tentang peperangan galaksi antara pihak Empayar dan Pemberontak, hasil buah fikiran orang bijak George Lucas pada 1977. Sehingga hari ini kesan Pop Fiksyen ini telah menjana berbillion dollar buat team Star Wars.

Anakin ni bapak dia, Luke pulak anak nya yang telah terpisah sejak dilahirkan, dan Luke mempunyai seorang adik kembar bernama Puteri Leia. Anakin telah berpihak kepada sisi gelap, Luke dan Leia telah diserahkan kepada dua keluarga berbeza yang berpihak kepada sisi yang baik tapi dalam kes ini digelar pemberontak. Ibu nya bernama Amidala , mati masa melahirkan diorang. Cukup lah sampai situ, korang nak tau lanjut, korang wiki je la yek. Panjang kronologi dia sebenarnya. Huhu

Citer Star Wars ni dulu aku memang minat gila babun masa kecik-kecik dulu. Kalo melukis tak ada alien dan kapal angkasa memang tak sah. Filem ni membuatkan aku ingin tahu pasal angkasa lepas, dan sudah pastinya dalam Kitab-Kitab ada menceritakan pasal kejadian Tuhan yang tak terjangkau ni, maksud aku angkasa lepas, bulan, bintang, matahari dan sewaktu dengannya.

Dulu aku memang tak faham jalan cerita dia, cuma minat dengan alien, robot, cyborg, kapal angkasa, planet dia , R2D2 dan lain-lain seangkatan dengannya. Baru-baru ni TV dok tayang marathon Star Wars sempena nak keluar kronologi terbaru dia The Force Awaken, aku pun follow balik citer nya sikit-sikit. Lepas tu baru mula nak faham sikit-sikit apa sebenarnya yang diorang nak sampaikan. Dan ya, cerita ni ada pelajaran bagi orang-orang yang mahu berfikiran luas. Dia ada kaitan dengan kehidupan kita hari ini. Cuma nya dia dalam bentuk fiksyen lah, hiburan yang memberi sedikit pelajaran.

Kalau nak tahu apa lanjut yang diorang kisahkan ni, korang kena follow movie ni rapat-rapat, memang mantap. Aku siap ajar anak aku lukis kapal angkasa Star Wars dengan harapan zaman dia nanti dah ada kenderaan yang bersimpang siur macam dalam Star Wars tu nanti dan dia maybe salah seorang driver come pilot nya lah. Haha. Berani berimpian.

May The Force Be With You!

Selasa, 8 Disember 2015

Boboiboy Punya Penangan

Anak sulung aku sekarang nak masuk 6 tahun. Yang kedua nak masuk 2 tahun.

Apa yang abang buat, adiknya pun tiru bulat-bulat sebijik macam abangnya buat. Kadang-kadang gelihati dan terhibur melayan kerenah diorang. Almaklum seperti Umi dia cakap, "Monkey see , monkey do, abang kena tunjuk contoh yang baik pada adik, baru good boy" . Ada masa , pesanan tu dapat difahami si abang, kebiasaannya buat juga contoh kurang baik seperti menjerit-jerit kat adiknya walaupun jarak cuma 1 jengkal.

Sejak kemunculan Boboiboy di kaca TV ni , si abang memang kelihatan teruja. Sampai setiap kali berjumpa dengan sepupu-sepapat yang sebaya dia pun meniru aksi Boboiboy seperti, keris petir, gempa bumi, ribut topan dan sebagainya. Aku faham situasi ni kerana mereka semua anak-anak lelaki. Sama macam aku dulu-dulu yang terhibur dengan kartun Thundercats mahupun Voltron. Yang kelakar tu, adiknya yang perempuan pun ikut join sekali berlawan. Sampai aku naik risau sebab dia sorang je perempuan di kalangan sepupu-sepapat nya. Kihkihkih.

Sekarang ni, musim si abang dah mula pandai melukis, mewarna dan memvisualisasikan apa yang dia nampak di TV. Mungkin sebab aku yang latih dia melukis dari sejak kecil, ataupun memang darah seni yang memang dah mengalir dalam tubuh badan dia. Walaupun dah pandai melukis , dia tetap nak suruh aku sebagai Sifu-nya tolong lukiskan Boboiboy kuasa air nye dengan karakter yang sebijik macam di TV. Tak boleh salah. Kalau salah, mula lah dia buat drama air mata. Haih. Touching.

Paling tak faham, nak suruh melukis mesti time pagi-pagi, time orang tengah busy nak keluar kerja, nak ke sekolah. Time-time gini memang menguji tahap kesabaran seorang sifu yang super cool. Apa yang boleh dibuat selain pujukan untuk keluar rumah tak dilayan. Aku dukung je lah, walaupun berat si Abang dah macam beras 20kg. Kalau dukung diam takpa, ini dengan kaki tangan meronta-ronta macam kena dera. Dukung dari tingkat 3 ke bawah hokey. Biasalah warga marhaen duduk flat. Sabo yolah.

Si Adik juga yang cool. Memerhati sambil menggelakkan abangnya. Kita panggil abangnya , si baby tua.

Isnin, 7 Disember 2015

Suatu Masa Dulu... Cita-Cita Nak Jadi Kartunis Kononnya.

Suatu masa dulu , hobi aku adalah melukis kartun .

Pernah juga lah buat komik sendiri yang dilukis atas kertas A4 dilipat dua dan berkalam kan pensel. Almaklum time tu masih sekolah rendah dengan kapasiti pengetahuan yang belum berkembang luas. Apa yang ada kat tangan tu la boleh buat bahan berkarya. Lepas lukis, boleh pula jual kat rakan-rakan sebaya. Bukan tu je, dengan adik sendirik pong aku jual senaskah 5sen, sampai mak aku marah "dengan adik sendirik pong nak berkira!".

Huhuhuhu. Memang tak boleh lupa part tu, jual komik rege 5sen. Apa la yang ada dalam benak kepala aku masa tu, nak jadi macam Ujang Budak Minang gak nye.

Bila besar sikit, sekitar umur 15 ke 17 tahun, pengaruh Majalah Ujang dengan manga Dragon Ball memang tengah musim time tu. Siap buat komik sendirik dengan storyline ala-ala Dragon Ball jugak la. Rambut pacak , dengan misi mencari disket kuasa, kihkihkih. Apedaa disket. Sekarang dah micro SD card gitew.

Majalah Ujang lak yang mempengaruhi aku untuk masuk UiTM sebab dalam tu ada karya Leen Mafia - Kampus Life kot tajuk dia, aku pong dah lupa, lama gila dah tak hapdet. Dia tu kira super duper senior la kot sebab kartun dia berkisarkan budak-budak Art and Design masa kat UiTM Shah Alam. Dalam kepalotak aku time tu, nak jadi kartunis kena masuk UiTM macam dia punya citer. Kuikuikui.

Tapi bila dapat je masuk UiTM takde pulak aku belajo buat kartun, hehehe. Hinggalah dapat buat praktikal di Revolution Enterprise, syarikat kecik yang pernah menerbitkan Majalah Urban Comics.

Kalo nak citer , panjang lagi. Tapi pendek citer nya , impian nak jadi kartunis tu sebenarnya sejak di bangku sekolah lagi, cuma nya sekarang aku tak buat dah kartun. Tak tau lah kalau datang hidayah nak buat web komik ke ape ke, wallahualam. Buat kartun ni sama macam menulis , cuma ianya lebih banyak kerja nak dibuat. Tapi bila dah terhasil tu, seronok membaca nya, tambah lagi bila orang yang membaca nya suka, memang bertambah lah seronot nye.

Till then...

Jumaat, 4 Disember 2015

2015 Bakal Melabuhkan Tirai Senja

Salam ceria buat diri sendiri (sebab sendiri yang baca kihkih),

Pehh .. setahun sekali nye update , ini bukan sawang lagi , ini muzium barangkali.

Perkembangan sepanjang tahun yang semakin mencabar ni benar-benar menyesakkan nafas dan esofagus. Kemerosotan ekonomi negara semakin hari semakin mengancam penduduk marhaen yang hidup kais pagi makan pagi , kais petang makan petang. Ada yang kata , kais la banyak sikit! Ada yang kata jemputla rezeki, bukan cari rezeki. Tak pa , banyak orang banyak pemikiran dan ideologi. Yang penting , hidup mesti terus. Usaha tangga jaya , bak tagline lencana sekolah rendah aku dulu-dulu. (Sekolah mana satu ?)

Bagi yang berharta , semua tu sedikit pun tak menggentarkan posisi mereka. Untonglaaa.. Simpan sikit untuk orang lain derr. Rezeki awak , belum tentu lagi milik awak. Hunh.

Beberapa hari lagi nak masuk 2016. Adakah 2016 akan mendatangkan sinar baru buat warga marhaen sekalian , atau mimpi ngeri yang tak berkesudahan yang pada akhirnya baru lah puak-puak comforter merasakan yang fatamorgana oasis yang mereka rasai sebenarnya belum pun sejahtera lagi.

Kais , kais , kais... Oh mann! Jangan mencuriiii!