Jumaat, 30 Disember 2016

Matlamat 2017 Latest Update

Bismillahirrahmanirrahim ,

Bila masuk tahun baru tak sah kalau takde azam tahun baru, tahun lepas aku target velfire atau paling koman honda hrv, tapi jauh lagi, hahaha. Tapi lepas berguru dengan pakcik Robert T Kiyosaki, baru aku sedar betapa pentingnya pengurusan kewangan, property, positive cash flow, asset dan pelaburan. Selama 34 tahun mak nenek moyang kita termasuk lah aku telah dimomok-momok kan dengan doktrin abih belajar, cari kerja, cari duit. Hakikat sebenar, orang kaya tak kerja untuk duit, tapi duit yang buat kerja untuk duit. Nak tahu lebih, korang cari la buku-buku atau video Robert T Kiyosaki, berlambak. Ok, ini azam tahun 2017 aku :

DIRI :
1. Minimum Income 10k monthly. Capai 1st M by 36 tahun.
2. Setel hutang piutang. Gain knowledge dlm internet marketing, investment & take action pada bisnes dropship/affiliate/dealer & Investment.
3. Join gold & property investment. Kebebasan masa & wang. Membantu mak abah di kampung. Setel hutang². Tunai hasrat haji.
4. Beli & duduk rumah sendiri. Rumah sewa/sublet untuk positive cashflow.
5. Start balik penulisan blog niche peace kindness , art & musik untuk kumpul audience & tribe. Publish buku jual & derivatif license.
6. Buat lagu upload youtube & viral.

TIM :
1. Support sfsb & tim menerusi online marketing fb ads , google ads , youtube , twitter & instagram. Target 1000 followers.
2. Lari seminggu 2X naikkan fitness & BMI.
3. Kuasai renangan freestyle/kuak dada/kuak lentang.
4. Support event Perlis menerusi Online Marketing & Street Art awareness.
5. Target bawa family terbang melancong ke International School di Tahun Baru Hijriyah , pendedahan pada anak untuk sambung belajar kat sana.

Alhamdulillahirobbilalamiin 😇

Doa-doakan lah ye, ameenn..

Rabu, 28 Disember 2016

Pesanan Demi Masa Untuk Yang Belum Berkomitmen

Anak sulung besok dah nak orentasi darjah 1. Yang nombor dua, masuk 3 tahun. Ada berbaki lagi 2 tahun nak sekolah. Yang nombor tiga, baru 4 bulan. Tapi pejam celik je tu, kejap yo besar. Sedar tak sedar dah beranak 3 aku ini. Alhamdulillah, rezeki Allah yang punya.

Moral of the story, pada korang yang belum kahwin dan tengah menikmati zaman bujang dan solois, gunakan lah waktu yang korang ada tu untuk membuat persediaan bila mana takde lagi zaman korang nak bergigihan mencari duit, mengejar minat dan kejayaan. Bila dah kahwin dan beranak pinak bukan tak boleh, boleh tu boleh tapi, kalo carta pai atau pizza tu, ia akan menjadi potongan-potongan kecik yang tak semua orang puehati bila dapat yang kecik. Dya know what i mean? Haha, maksud aku, waktu korang akan semakin terhad, pendek kata, pepandai hang la nak bagi masa. Dats why dalam AlQuran telah termaktub satu surat bernama Al'Asr. Demi Masa. German kata Time is money. Yawning Birds lak kata Time is to Love. That time make me happy, that time in memory. Huuhu.

The best part is, you'll love the moment you see your kids growing older. Teringat zaman kecik-kecik dulu main pasir tak fikir langsung masalah, hahaha. Hnssss...

Selasa, 20 Disember 2016

Selamat tinggal 2016 , Selamat datang 2017

Wow.. setahun juga aku tak update blog , rasa macam dah lupa cara nak mengarang ayat. Hehehe. Tapi demi matlamat yang jitu , ku gagahi jua menulis. Aku menulis bukan kerna nama. Kita sama , semuanya sama. Apa yang ada hanyalah, kehidupan. Dasar seniman , mesti nak masuk lirikal lagu. Cehwah.

Alhamdulillah , tahun 2016 ini kami sekeluarga dimurahkan rezeki dengan kehadiran cahaya mata ke-3 , boboy kedua. Kami sepakat memberikan namanya Muneer Budiman.

Muneer bermaksud Dia Yang Menerangi. Asalnya aku nak bubuh Munzir, tapi maksudnya agak keras, Yang Memberi Amaran. Tapi aku tukar sikit makhrajnya kepada Muneer, semoga kamu menjadi penerang kepada Abi ,Umi , Keluarga , Agama & Negara bila dewasa kelak.

Budiman ? Rata-rata yang mendengar nama ni memberi pelbagai reaksi, positif, awkward, aneh , bombastik dan hairan. Persis datang nya ajaran yang asing, dalam kesibukan mak ayah menamakan anak dengan nama-nama yang islamik dengan harapan mereka akan sesejahtera nama mereka jika diterjemahkan. 

Memang aku sengaja letak nama ala-ala ke-indonan, melayu klasik lama. Jadinya , bani melayu tak perlu nak google translate semata-mata nak tahu maksud Budiman itu, Jelas lagi terang dan faham, Budi - Berbuat Baik. Man - Orang. Orang yang berbuat baik, dibalas baik. Arwah atok aku nama Selamat - Sejahtera, Aman. Sempoiii. Baca atau dibacakan. Faham Jelas baru turunnya perbuatan. Ada yang action learned - buat dulu baru faham. Aceceh. Kes yang ni memang yang banyak langgar dinding. Macam aku.

Lahir border premature pada 12 September 2016 bersamaan 10 Zulhijjah 1437H, dengan berat yang border jugak 2.48kg. Muneer Budiman memang lain daripada abang dan kakaknya. Alhamdulillah dia dikurniakan kesihatan yang baik, cuma batuk yang tak baik-baik mungkin sebab sistem pertahanan badan yang belum kuat dan environment yang kurang sihat. Doa konsisten terus agar kahak degil lekas pergi. Fuhh Fuh.

Seronotnya dia dilagukan gurindam Marhaban nenek.