Khamis, 16 Jun 2011

Rumah Kata Pergi Kubur Kata Come As You Are

Beli rumah baru atau second bukan macam beli kereta okey. Apatah lagi membeli basikal. Jadi anda yang ingin menjual dan yang ingin membeli perlu membuat research sedalam-dalamnya tentang perkara ini - Membeli Rumah atau Hartanah. Silap haribulan boleh jadi Menang Sorak, Kampung Tergadai (Rujuk Filem Nujum Pak Belalang - babak berlawan teka-teki), eh.. ada kaitan ke?


Nampak je buruk, harga nya macam drakula hisap darah!




Antara perkara mustahak yang anda perlu ambilkira:
-Kedudukan kewangan simpanan peribadi yang cukup.
-Tempoh yang agak lama untuk proses dari booking hinggalah dah masuk ke rumah sendiri.
-Pengetahuan tentang selok belok jual-beli rumah dan prosedur nya.
-Dokumen² yang perlu didapatkan.
-Baca betul² bila tandatangan dan menyerah wang.
-Institusi kewangan yang mempunyai pakej terbaek.
-Pemaju yang berkaliber dan berprestasi tinggi.
-Ejen Hartanah yang boleh dipercayai.
-Peguam yang pantas bertindak.
-Penjual yang memahami dan bertimbangrasa.


Tiba-tiba pulak dia keluar warna putih, missoru betul!




Paling penting sekali, walau pun anda ada simpanan EPF, jangan sangka wang simpanan itu boleh diperolehi dengan mudah untuk bayaran wang muka beli rumah. Bak kata Ahlil Nujum, "Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagu nya". Anda kena hentak ruyung tu kasi pecah.


Oh, btw ada 1 rumah yang mudah untuk dibeli, bumbungnya 1, tiangnya dua batang, dalam nya 7kaki, lebarnya 3kaki. Anytime, anywhere, anyhow, anybody boleh masuk. Takdehal punya. Tapi ready tak ready je lah 'barang' nak bawak masuk nya. Kalau tak ready pun susah juga nak beli sebenar nya. Maksud nya boleh je dapat tapi bila dah masuk, sendiri mau hingat. Huhu T_T