Jumaat, 23 Julai 2010

Bijaksana & Lekas Faham

4 Julai 2010M bersamaan 21 Rejab 1431H
buat pertama kalinya dia menjengahkan ubun² nya
di atmosfera dingin dunia di waktu syuruk.

Automatis suara halus yang kedengaran
seperti sedih sambil dua tangan menggenggam
kemas sudah bersedia untuk memikul segala.

Maka bermulalah satu sisi baru
opera kehidupan seorang putera
kacak bergaya, berisipadu 3.1kg,
diberi nama Aydeen Thaqeef.

Segala Pujian bagi Allah, Maha Pengatur Sekalian Alam.