Ahad, 29 Januari 2017

Minggu ke-3 January 2017 Adventure Time

Ok , minggu ke-3 , bulan January 2017 memang minggu yang sangat adventurous.
Sebab ape.
Sebab aku berjalan selatan utara.

Isnin - 16 Jan 2017
Pi check-up baby Muneer , ingat dah awal , rupanya ada yang lagi awal. Dapat no 3 , nampak macam awal tapi tidak sebenarnya. Pehni mem kena amik halfday tak boleh timeslip. Sampai opis mem pong lewat, sebab jemm & hujan. Naik moto pong lambat, apa lagi yang dengan kete. Huhu. Patutnya nak setel hal achievers , tapi ada dokumentasi yang belum setel. So lek lek lu, setel keje cam bese.

Selasa - 17 Jan 2017
Harini sambut besday Zeynea awal dua hari. Sebab aku outstation 5 hari. Kang kesian pulak sambut besday abi takde. Huhu. Beginilah cara hidup seorang musafir. Kakak Nea dah masuk 3 tahun. Semakin demok & bam bam sebab dia kuat makan. Haha

Rabu - 18 Jan 2017
Pi UTEM Melaka harini dengan Bos Lan , Bos Apis & Azman. Helmy Ryzal datang kemudian. Dok kat hotel Pines Melaka. Cantik dan selesa hotel ni. First time duduk hotel yang nak naik kena pakai kad akses. Sebelum ni kalo masuk hotel takde kad , aku selamba je naik. Kali ni tekan-tekan tak mau pegi, konon nak ikut tangga, tapi tombol tak boleh buka, kecuali kena pi lobi minta bantuan hotel. Sabo yo la. Amik gambo sikit-sikit tim Summit buat preparation untuk workshop besok.

Khamis - 19 Jan 2017
1st Day workshop EMG di FTK (Fakulti Teknologi Kejuruteraan) UTEM Melaka. Benda EMG ni secara teori aku faham la sikit-sikit, cuma bab matematik dan sains nya tak reti nak digest, jadi aku bantu la apa yang patut. Kehadiran hari ni dari staf FTK dan student nya.

Jumaat - 20 Jan 2017
2nd Day workshop EMG berjalan lancar. Kehadiran harini bertambah oleh peserta PERKESO. Ada brader badan sado ni memang banyak pertanyaan. Last2 dia berminat dengan produk MYON , padahal kita dok demo produk DELSYS. Huhu. Tak tahu la, jadi beli ke tak. Gaya macam bersungguh. Setel workshop , kitorang terus gerak ke KL untuk destinasi bajet seterusnya - Langkawi. Bos Hafiz & Azman tak ikut.

2nd trip di rumah Bos Lan , Pokney dan Ayie pong sampai untuk join the trip. Dapat berita Yazid & Rohim tak dapat follow. Masing2 dengan cabaran masing2. Hurmmm.

Sabtu - 21 Jan 2017
Sampai Kole Perlih jam pukul 6 , terus subuh dan siap untuk naik feri ke Langkawi. Si Madi & Zari sampai lambat. Sebab naik bas slow mo. Terpaksa la kome beli tiket baru. Sampai je homestay, letak beg, terus menuju ke Skytrek Langkawi. Aktiviti yang agak mencabar. Panjat tangga , panjat tali jaring spider web , pijak papan bergayut , naik flying fox. Gayat tapi kita control nervous tu dengan cara fokus ke depan. Alhamdulillah semua berjaya selesaikan dengan baik. Kat homestay ada swimming pool, dapatla train balik renang. Berterabur sebab lama tak praktis. Malam makan burger bako, kat EE Burger. ambience kurang cantik sebab bau longkang. Tapi aku tengok semua pun hidung dah kebal kot, pasal nak layan bola. Haha

Ahad - 22 Jan 2017
Aktiviti harini naik boat ke Pulau Beras Basah (Tempat Pelancong Berjemur) , Pulau Singa Besar (Tempat Bagi Helang Makan) dan Pulau Dayang Bunting (Tempat Pelancong Mandi Tasik Ayer Tawar dok ada kat tengah laut). Masa boat belayar tu (aku tak sure words yang sesuai, sebab boat tak pakai layar, haha) ombak tinggi dan menghempas boat, rasa terhentak buah pinggang. Mujur tak terbalik je. Fuhhh. Yang pasti , semua kat sini mahal. Air mineral biasa rm1 jadi rm3, maggi cup rm2 jadi rm4. Kalau lapar & berduit beli je la. Setel aktiviti terus naik feri ke jeti, dan siap untuk kembali ke KL.

So itulah minggu adventurous aku. Bawak lappy pong tak dan nak buat apa2 keje. Mungkin sebab feel tu takde, fokus pong lari ke lain. Haha. Sempat la curi-curi time untuk edit design Cheffyr dan layan video Tutorial Raja Kamil. Ok , back to work!




Isnin, 16 Januari 2017

Minggu ke-2 January Action Learned Buat Website

Kalau minggu 1st aku dok hectic daftarkan anak ke sekolah , minggu ke-2 lain pulak cerita nya. Start dari Isnin hingga Selasa aku bergegas siapkan website company Summit Features yang dah berminggu-minggu tergendala. Bukan sebab malas , tapi blur atau bahasa psychology nya Ilham tak muncul - block.

Dulu masa di TM aku pernah juga belajar guna html, css dan banyak lagi term programming yang aku tak biasa masa belajar (dulu ambik grafik, belajar buat design je, coding2 tak belajar, huhuhu)

So lepas bos dah tuntut website yang dia suruh tukar tu, aku pong terkocoh2 bertanya kepada webmaster sebelum ni, En Hafis. So bila komunikasi pong dengan hanya menggunakan Wassapp , last2 terpaksa juga menggunakan pakcik google untuk setelkan.

Berikut antara kronologi how to build a website for dummies , haha ;

ISNIN , 09/01/2017 - 
Dapatkan crack & tutorial adobe muse untuk tukar website. Dapatkan detail hosting dan cara nak upload dari adobe muse ke hosting.

SELASA , 10/01/2017 - 
Download crack & installing progress , tutorial sambil buat. PC operate berat sebab adobe muse boleh tahan juga besar memory nya. Terdapat error masa install, beberapa komponen missing di system32 , search google & youtube how to solve installing error.

RABU , 11/01/2017 - 
Edit guna template tutorial , proses try to upload FTP tak berjaya sebab kena upgrade premium Typekit , which mean adobe muse keluar error 500 sebabkan template guna yang premium tapi kita pakai yang pirate. Cuba register adobe creative cloud , ingat boleh dapat typekit free, tapi kena bayar kalau nak guna. Bukan murah noo.

KHAMIS , 12/01/2017 - 
Guna free web editor wix.com untuk content pantas , just muka depan edit guna muse untuk fast action & temporary period. Updating alamat, tahun dan aktiviti EMG di paparan content.

Next Progress - Try dapatkan trafik untuk fanpage & web summit features dengan knowledge yang ada. Website dan Fanpage akan dikemaskini dari masa ke masa.

Hari Jumaat terus berguru dengan SIfu Raja Kamil cara mana nak dapatkan trafik. Umpama ada kedai tapi takde trafik, memang bungkus la kedai. Huhuhu , ini nanti aku cerita lain.

Jumaat, 13 Januari 2017

Minggu 1 January yang Hectic.. Jom ke sekolah!

Vavava.. sangat hectic minggu 1st January 2017 ni.. huhuhu..

Mana taknya , anak sulung dah masuk darjah 1.. Pagi-pagi buta dah kena kejutkan, buat air panas, mandikan, (teringat dulu zaman sekolah kecik-kecik mak mandikan, huhuhu) buat bekal (cost saving, kesan economy global), hantar pegi school naik motor(naik kereta alamat beratur laa, kereta berderet parents lain pong nak hantar anak jugak). Bukan senang nak kejutkan yang sulung ni, jenis susah bangun pagi, mesti ada drama dulu sebelum mood nak ok. masuk pukul 720 kot, jadi kena ada buffer seawal satu jam.

Orentasi ok, berjalan lancar. Mungkin sebab pengalaman lepas masuk Tadika ABS sejak umur 5 tahun, so kes menangis kena tinggal takde. Kita pun tiap-tiap hari dah bagitau dia tentang keseronokan pergi ke sekolah, buat kawan baru. Nak kena ajar pulak beli makan kat kantin. Mencabar. Maklumlah sebelum ni tak pernah berurusan berjual-beli kat kedai. Lagi-lagi bab duit ni, walaupun kat tadika dulu dah pernah ada simulasi, tapi yang ni real punya, bukan cobaan, biar dia belajar praktik sendiri (action learned).

Proses transisi nak naikkan transport pong berjalan lancar. Umi dia punya gabra, siap ajak spy anak nak tengok betul ke dia ikut macam umi dan abi cakap lepas balik school nak naik transport balik ke rumah.

Petang sekolah agama pulak, fuhhh. Nampak tak betapa hectic nya. Huhuhu.. Anyway , masuk 2nd week dah kembali teratur. Kembali ke workstation masing-masing. Baru tau, camne mak abah dulu sekolahkan aku. Kihkih

Ahad, 1 Januari 2017

Selamat Tahun Baru 2017

Ok , jam dah pun melewati pukul 12 pagi , tahun 2017.
Selamat tahun baru semua. Tapi umur semakin tua, bukan semakin muda bai.
Huhuhu.
Nak kena plan & strategy bebetui supaya matlamat tak ke laut.
Capture input dan apa benda yang nak buat.
Filter kan mana yang important dengan mana yang boleh setel kemudian hari.
Mana yang rasa tak boleh buat cepat dan lambat, masuk ke dalam folder KIV.
Mana yang rasa boleh setel kemudian tapi makan masa nak setel, masuk ke kalendar target untuk buat.
Setelkan yang mudah dahulu.
Ini serba sedikit tips dulu-dulu kalau nak jawab peperiksaan.
This what we called , "how to be more productive".
2017 adalah tahun productive.
Capture and Action !