Jumaat, 28 Februari 2014

Bunga Yang Cantik , Permata Kehijau - Hijauan

Tanggal 19 January 2014M yang lalu ,
bersamaan 17 Rabiul Ula 1435H.
jam 12:15pm ,
lahirlah cahaya mata keduaku ke dunia ,
alhamdulillah seorang puteri yang sehat, cukup sifat & bersemangat.

Berjism Isipadu 3.32kg, lebih 0.12kg dari abang nya.


Zeynea Esmeralda nama diberi.

Zeynea, mengambil dasar perkataan arab Zain iaitu cantik, dan digabungi dengan perkataan Zenia iaitu sejenis bunga arab. Sebutan 'Zain-Nea' . Bunga melambangkan sifat kewanitaan, kelembutan, kecantikan, kesucian, kelemahlembutan.

Esmeralda, mengambil dasar perkataan Kerajaan Islam , Andalusya - Spanish bermaksud Zamrud. Permata kehijauan. Pengembara Europe pernah menggelarkan gugusan tanah nusantara sebagai Emerald (Permata Kehijauan) kerana dari atas langit ia kelihatan bersinar dan kehijauan, dan apakah maksud nya ? Mereka tahu, akan datang kebangkitan semula Islam adalah di situ.

Harapan Abi dan Umi agar dikau menjadi hebat seperti nama mu itu, insyaAllah.
Srikandi pelapis harapan agama, bangsa dan negara.

Rabu, 26 Februari 2014

2014 : Tahun Untuk Maju Terus Membangun

Salam Perpaduan Semua :)

1. Lama sudah saya tidak menjenguk blog ini, jika ianya perabot sudah pasti mereput dan bersawang.

2. Nak bikin blog perlukan intuisi dan kemahuan yang kuat, alasan seperti masa dan gangguan lain hanya sekadar dogma yang rapuh untuk dijadikan titik faktor.

3. Baru-baru ni terbaca satu artikel menarik tentang pengurusan masa dan pengurusan kewangan.

4. Rupanya saya baru perasan bahawa masa itu sendiri adalah satu makhluk bernyawa, jika kita tidak guna sebaiknya ia bisa kaku sekadar penunjuk masa, tapi jika kita tahu menghargainya, ia boleh di-delay kan malah boleh dicepatkan, seolah2 kita ini memegang remote.

5. Demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian melainkan mereka yang berpesan kepada kebenaran dan kesabaran.

6. Yang lepas takkan kembali, Yang depan pantas berlari.

7. Semoga tahun ini membawa sinar harapan yang baru, bersama cahaya mata yang baru. Selamat datang ke dunia penuh pancaroba wahai puteriku Zeynea Esmeralda.

8. Zeynea (Bunga yang Cantik) Esmeralda (Permata Kehijauan).

9. Semoga dikau menjadi seorang anak yang solehah dan berguna kepada agama, bangsa dan negara.

10. Alhamdulillah doa kami dimakbulkan. Syukur kepadamu Ya Allah.

#Abang Aydeen seronok dapat adik setelah 4 tahun , boleh la dia buat kawan, selama ni nak bermain pun dengan abi dan umi saje :)

#Projek terbaru yang bakal meletop , insya-Allah :