Ahad, 29 Januari 2017

Minggu ke-3 January 2017 Adventure Time

Ok , minggu ke-3 , bulan January 2017 memang minggu yang sangat adventurous.
Sebab ape.
Sebab aku berjalan selatan utara.

Isnin - 16 Jan 2017
Pi check-up baby Muneer , ingat dah awal , rupanya ada yang lagi awal. Dapat no 3 , nampak macam awal tapi tidak sebenarnya. Pehni mem kena amik halfday tak boleh timeslip. Sampai opis mem pong lewat, sebab jemm & hujan. Naik moto pong lambat, apa lagi yang dengan kete. Huhu. Patutnya nak setel hal achievers , tapi ada dokumentasi yang belum setel. So lek lek lu, setel keje cam bese.

Selasa - 17 Jan 2017
Harini sambut besday Zeynea awal dua hari. Sebab aku outstation 5 hari. Kang kesian pulak sambut besday abi takde. Huhu. Beginilah cara hidup seorang musafir. Kakak Nea dah masuk 3 tahun. Semakin demok & bam bam sebab dia kuat makan. Haha

Rabu - 18 Jan 2017
Pi UTEM Melaka harini dengan Bos Lan , Bos Apis & Azman. Helmy Ryzal datang kemudian. Dok kat hotel Pines Melaka. Cantik dan selesa hotel ni. First time duduk hotel yang nak naik kena pakai kad akses. Sebelum ni kalo masuk hotel takde kad , aku selamba je naik. Kali ni tekan-tekan tak mau pegi, konon nak ikut tangga, tapi tombol tak boleh buka, kecuali kena pi lobi minta bantuan hotel. Sabo yo la. Amik gambo sikit-sikit tim Summit buat preparation untuk workshop besok.

Khamis - 19 Jan 2017
1st Day workshop EMG di FTK (Fakulti Teknologi Kejuruteraan) UTEM Melaka. Benda EMG ni secara teori aku faham la sikit-sikit, cuma bab matematik dan sains nya tak reti nak digest, jadi aku bantu la apa yang patut. Kehadiran hari ni dari staf FTK dan student nya.

Jumaat - 20 Jan 2017
2nd Day workshop EMG berjalan lancar. Kehadiran harini bertambah oleh peserta PERKESO. Ada brader badan sado ni memang banyak pertanyaan. Last2 dia berminat dengan produk MYON , padahal kita dok demo produk DELSYS. Huhu. Tak tahu la, jadi beli ke tak. Gaya macam bersungguh. Setel workshop , kitorang terus gerak ke KL untuk destinasi bajet seterusnya - Langkawi. Bos Hafiz & Azman tak ikut.

2nd trip di rumah Bos Lan , Pokney dan Ayie pong sampai untuk join the trip. Dapat berita Yazid & Rohim tak dapat follow. Masing2 dengan cabaran masing2. Hurmmm.

Sabtu - 21 Jan 2017
Sampai Kole Perlih jam pukul 6 , terus subuh dan siap untuk naik feri ke Langkawi. Si Madi & Zari sampai lambat. Sebab naik bas slow mo. Terpaksa la kome beli tiket baru. Sampai je homestay, letak beg, terus menuju ke Skytrek Langkawi. Aktiviti yang agak mencabar. Panjat tangga , panjat tali jaring spider web , pijak papan bergayut , naik flying fox. Gayat tapi kita control nervous tu dengan cara fokus ke depan. Alhamdulillah semua berjaya selesaikan dengan baik. Kat homestay ada swimming pool, dapatla train balik renang. Berterabur sebab lama tak praktis. Malam makan burger bako, kat EE Burger. ambience kurang cantik sebab bau longkang. Tapi aku tengok semua pun hidung dah kebal kot, pasal nak layan bola. Haha

Ahad - 22 Jan 2017
Aktiviti harini naik boat ke Pulau Beras Basah (Tempat Pelancong Berjemur) , Pulau Singa Besar (Tempat Bagi Helang Makan) dan Pulau Dayang Bunting (Tempat Pelancong Mandi Tasik Ayer Tawar dok ada kat tengah laut). Masa boat belayar tu (aku tak sure words yang sesuai, sebab boat tak pakai layar, haha) ombak tinggi dan menghempas boat, rasa terhentak buah pinggang. Mujur tak terbalik je. Fuhhh. Yang pasti , semua kat sini mahal. Air mineral biasa rm1 jadi rm3, maggi cup rm2 jadi rm4. Kalau lapar & berduit beli je la. Setel aktiviti terus naik feri ke jeti, dan siap untuk kembali ke KL.

So itulah minggu adventurous aku. Bawak lappy pong tak dan nak buat apa2 keje. Mungkin sebab feel tu takde, fokus pong lari ke lain. Haha. Sempat la curi-curi time untuk edit design Cheffyr dan layan video Tutorial Raja Kamil. Ok , back to work!




Tiada ulasan: