Ahad, 5 Julai 2009

Kisah Haiwan Jinak 04


Kisah Haiwan Jinak 04

"Kenapa kamu berdua diam? Ayuh ke depan!" Si Kitty memecah kesunyian padang ragut.
"Apakah kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat? Hehei"
"Cis Kitty, kau fikir kami gentar? Kami ini adalah wakil yang telah diutuskan untuk menghadapimu, untuk apa kami gentar?" Tingkah si Arnab tegas. Si Ayam mengangguk sebagai tanda menyokong kata-kata si Arnab.

Suasana semakin genting, tapi ketiga-tiga makhluk Tuhan itu masih belum melaksanakan apa yang dikatakan mereka. Sedang dalam keadaan bersiap-siaga. Bila-bila masa jua, akan tercetus satu perlawanan yang bakal menentukan siapa yang benar dan siapa di pihak yang salah.

Krechhhh.. Si Kitty membuka langkah kuda-kuda walaupun dia seekor kucing. Si Ayam dan si Arnab sudah bersedia di posisi masing-masing.

Dengan tidak semena-mena, "Kcingggg!" Si Kitty mengeluarkan dari sarung nya senjata yang ampuh untuk menentang lawan yang berdua. (Padahal sebelum ini dia langsung tidak kelihatan membawa senjata : Rujuk gambar bawah)

Dari manakah datang nya senjata rahsia si Kitty itu? Apakah dia itu seorang ilmuan senjata? Sehinggakan boleh mengadakan senjata yang tidak kelihatan sebelumnya? Mampu menghasilkan bom yang semacam tulang sehingga berjaya mengaburi si Doggy yang lalai itu? Siapa sebenarnya si Kitty?

Sama-sama kita saksikan kesudahannya selepas ini untuk memberi laluan kepada pesanan penaja.

Jumaat, 3 Julai 2009

Kisah Haiwan Jinak 03

Kisah Haiwan Jinak 03

2 ekor ninja itu masih berada di lokasi kejadian. Memberi perhatian dengan tenang kepada si Kitty. Seolah-olah
sudah dapat menghidu akan kehadirannya. Suasana hening seketika, angin sepoi-sepoi bahasa, pause.

Ayam berkata kepada Kitty," Cis kau Kitty, sungguh
mencabar minda caramu membunuh si Doggy!"

"Hoho, Kau kan tau aku ini licik seperti McGyver" Balas Si
Kitty ber bangga dengan sisi nya.

Arnab menghunus pedangnya seraya berkata, "Kau memang
menempah maut hai Kitty yang angkuh! Ke sini kau jika
kau benar-benar anak jantan!"

Jawab Kitty," Hei hei hei.. kenapa aku yang harus ke sana?
Bukan kah kamu berdua yang sepatutnya ke mari?"

Ayam dan Arnab saling berpandangan, terkedu.





Rabu, 1 Julai 2009

Kisah Haiwan Jinak 02

Kisah Haiwan Jinak 02
Namaku Kitty. Aku seekor kucing hutan yang comel. Dahulu aku adalah seekor kucing rumah yang lebih comel dari sekarang ni. Pada suatu hari, Tuan ku membawa pulang seekor anjing yang entah dari mana datangnya. Sejak dari itu kasih sayang Tuan ku telah terbahagi dua kepada anjing tersebut dan juga aku. Ini membuatkan aku berasa sungguh jaki (cemburu). Takpe kot, aku lebih mulia dari anjing tu "Hohoh" hatiku bergurindam optimis.

Satu hari yang damai, Tuan ku memerintahkan aku berkongsi makanan dengan anjing itu. Aku dengan nada angkuh nya berkata "Ahh, mana bolehh.. Dia itu anjing! Aku Kucing! Mana mungkin bersatu makanan! Wooh!!" Inilah keingkaran ku yang pertama dan terakhir yang membawa aku ke lembah kebinasaan. Aku dilempar ke hutan dan secara biologi nya, aku menjadi kucing hutan. Tapi aku telah berjanji di depan Tuan ku, bahwa aku ingin membalas dendam kepada anjing itu dan keturunannya. Yaaa, ini Kitty, bak kata pepatah "Kalu roboh kota Melaka, Papan di Jawa Hamba dirikan!"

::Ikut cakap Bos, kalu tak memang kena lempar::

Selasa, 30 Jun 2009

Kisah Haiwan Jinak 01



Kisah Haiwan Jinak 01

Di satu kawasan padang ragut di benua afrika, terdapat 3 ekor haiwan jinak yang hidup aman dan sentosa. Mereka terdiri daripada Arnab, Ayam dan Anjing atau bahasa sopannya Doggy.

Ayam dan Arnab adalah merupakan Ninja di dalam kampung itu. Mempertahankan keselamatan kampung, menjaga keamanan & menyelamatkan haiwan yang dalam kesusahan.

Doggy merupakan seekor penjaga padang ragut yang menjadi sumber Lembu-Lembu di kampung itu mencari sesuap rumput.

Alkisah, nak dijadikan cerita Arnab dan Ayam telah ditugaskan oleh Ketua Ninja untuk menjaga keselamatan Doggy dari ancaman musuh yang hendak membunuhnya. Ini berikutan musuh Doggy iaitu seekor Kucing Hutan bernama Kitty sangat dendam kan nya atas peristiwa silam yang sukar untuk dilupakan.

Di hujung padang ragut Doggy telah terjumpa seketul tulang yang tidak bernama.

"Milik siapakah tulang ini" getus hati Doggy. "Ahh, tiada siapa nampak, jadi ini tulang aku yang punya!"

Arnab dan Ayam yang sejak azali mengetahui muslihat tulang berdasarkan peribahasa 'Orang tamak selalu rugi, Bagai anjing dan bayang-bayang' terus muncul dari balik pokok tempat persembunyian mereka, (mereka kan ninja, mestilah kena sembunyi-sembunyi)

"Heyy Doggy, jangan sentuh tulang itu! Itu adalah kedustaan yang nyata jika kamu mengetahui!" tegah Arnab.

"Haih Arnab? Ayam? Apa kau orang bikin di sini? Ini tulang aku yang punya, usah kau orang mahu menghalangiku!" Doggy membantah kerna dia benar-benar laparkan tulang itu.

Ayam mengulangi amaran yang dikeluarkan oleh Arnab, tapi Doggy tetap dengan pendirian nya lalu Ayam menjawab "Sudahlah jika kau tetap dengan pendirianmu, kerna kami ini hanyalah sebagai pemberi peringatan, yang telah menjadi tanggungjawab menunjuki kau supaya kau sejahtera"

"Ahh, kau orang coba menjauhi aku dari tulang ini, kau orang cemburu!" Doggy tetap berdegil lantas mengogong tulang itu berlalu pergi.

Dua tiga langkah ke belakang Arnab dan Ayam berundur menggunakan teknik lompatan silang tiba-tiba, "KAPOWWW TEBABOOO!!!" Hancur berkecai Anjing ditelan letupan yang datangnya dari tulang yang digogongnya.

Di kejauhan Kucing Hutan memandang sambil tersenyum sinis, "Bodoh, berjaya jugak aku cipta bom dari tulang, MUAHAHAHHA!"

::Memang sudah lumrah anjing begitu, dipujuk atau tidak ia tetap menjelir::


Isnin, 29 Jun 2009

Anetdoct? Apekejadahnye..

Anetdoct..
  • Satu penemuan selepas blog art-rawk aku hilang dalam aksi sejak aku tidak lagi bergiat aktif dalam penggunaan peti surat yahoo sejak 2005-2006.
  • Diubahsuai dari perkataan anecdote, antidote, doctor & juga anet.
  • Anecdote - Petikan pendek yang dipetik dari karangan yang panjang.
  • Antidote - Penawar
  • Doctor - Perawat
  • Anet - Nama timangan si penulis
  • Agak - agak nya apakah keterkaitan antara perkara tersebut dengan apa yang aku nak utarakan kat sini hek?
::Botol penawar berisi orang menanam pokok bunga sambil bermimpi - impian adalah matlamat::