Jumaat, 13 Januari 2017

Minggu 1 January yang Hectic.. Jom ke sekolah!

Vavava.. sangat hectic minggu 1st January 2017 ni.. huhuhu..

Mana taknya , anak sulung dah masuk darjah 1.. Pagi-pagi buta dah kena kejutkan, buat air panas, mandikan, (teringat dulu zaman sekolah kecik-kecik mak mandikan, huhuhu) buat bekal (cost saving, kesan economy global), hantar pegi school naik motor(naik kereta alamat beratur laa, kereta berderet parents lain pong nak hantar anak jugak). Bukan senang nak kejutkan yang sulung ni, jenis susah bangun pagi, mesti ada drama dulu sebelum mood nak ok. masuk pukul 720 kot, jadi kena ada buffer seawal satu jam.

Orentasi ok, berjalan lancar. Mungkin sebab pengalaman lepas masuk Tadika ABS sejak umur 5 tahun, so kes menangis kena tinggal takde. Kita pun tiap-tiap hari dah bagitau dia tentang keseronokan pergi ke sekolah, buat kawan baru. Nak kena ajar pulak beli makan kat kantin. Mencabar. Maklumlah sebelum ni tak pernah berurusan berjual-beli kat kedai. Lagi-lagi bab duit ni, walaupun kat tadika dulu dah pernah ada simulasi, tapi yang ni real punya, bukan cobaan, biar dia belajar praktik sendiri (action learned).

Proses transisi nak naikkan transport pong berjalan lancar. Umi dia punya gabra, siap ajak spy anak nak tengok betul ke dia ikut macam umi dan abi cakap lepas balik school nak naik transport balik ke rumah.

Petang sekolah agama pulak, fuhhh. Nampak tak betapa hectic nya. Huhuhu.. Anyway , masuk 2nd week dah kembali teratur. Kembali ke workstation masing-masing. Baru tau, camne mak abah dulu sekolahkan aku. Kihkih

Tiada ulasan: