Selasa, 30 Jun 2009

Kisah Haiwan Jinak 01



Kisah Haiwan Jinak 01

Di satu kawasan padang ragut di benua afrika, terdapat 3 ekor haiwan jinak yang hidup aman dan sentosa. Mereka terdiri daripada Arnab, Ayam dan Anjing atau bahasa sopannya Doggy.

Ayam dan Arnab adalah merupakan Ninja di dalam kampung itu. Mempertahankan keselamatan kampung, menjaga keamanan & menyelamatkan haiwan yang dalam kesusahan.

Doggy merupakan seekor penjaga padang ragut yang menjadi sumber Lembu-Lembu di kampung itu mencari sesuap rumput.

Alkisah, nak dijadikan cerita Arnab dan Ayam telah ditugaskan oleh Ketua Ninja untuk menjaga keselamatan Doggy dari ancaman musuh yang hendak membunuhnya. Ini berikutan musuh Doggy iaitu seekor Kucing Hutan bernama Kitty sangat dendam kan nya atas peristiwa silam yang sukar untuk dilupakan.

Di hujung padang ragut Doggy telah terjumpa seketul tulang yang tidak bernama.

"Milik siapakah tulang ini" getus hati Doggy. "Ahh, tiada siapa nampak, jadi ini tulang aku yang punya!"

Arnab dan Ayam yang sejak azali mengetahui muslihat tulang berdasarkan peribahasa 'Orang tamak selalu rugi, Bagai anjing dan bayang-bayang' terus muncul dari balik pokok tempat persembunyian mereka, (mereka kan ninja, mestilah kena sembunyi-sembunyi)

"Heyy Doggy, jangan sentuh tulang itu! Itu adalah kedustaan yang nyata jika kamu mengetahui!" tegah Arnab.

"Haih Arnab? Ayam? Apa kau orang bikin di sini? Ini tulang aku yang punya, usah kau orang mahu menghalangiku!" Doggy membantah kerna dia benar-benar laparkan tulang itu.

Ayam mengulangi amaran yang dikeluarkan oleh Arnab, tapi Doggy tetap dengan pendirian nya lalu Ayam menjawab "Sudahlah jika kau tetap dengan pendirianmu, kerna kami ini hanyalah sebagai pemberi peringatan, yang telah menjadi tanggungjawab menunjuki kau supaya kau sejahtera"

"Ahh, kau orang coba menjauhi aku dari tulang ini, kau orang cemburu!" Doggy tetap berdegil lantas mengogong tulang itu berlalu pergi.

Dua tiga langkah ke belakang Arnab dan Ayam berundur menggunakan teknik lompatan silang tiba-tiba, "KAPOWWW TEBABOOO!!!" Hancur berkecai Anjing ditelan letupan yang datangnya dari tulang yang digogongnya.

Di kejauhan Kucing Hutan memandang sambil tersenyum sinis, "Bodoh, berjaya jugak aku cipta bom dari tulang, MUAHAHAHHA!"

::Memang sudah lumrah anjing begitu, dipujuk atau tidak ia tetap menjelir::