Isnin, 21 Januari 2019

Kisah Musik Rawk di tahun 2017

Catatan 2017 yang tertangguh dek kerna komitmen 👇

5 April 2017
Sahabat lama aku Bard Nerve wasapp bertanya khabar. Last aku ingat dia email ja atau pun ucap selamat hari raya. Lama juga tak duduk sembang sambil makan roti cenai dengan member aku sorang ni. Almaklum masing-masing dengan arah tuju yang ingin ditujui. Berbesar hati bila dia offer untuk buat prakata untuk rilisan terbaru nya Lirikalbu so aku dengan tanpa membuang masa mencuba untuk menulis seperti mana adanya aku sebelum ini. Boleh dapatkan Lirikalbu di Balai Seni Visual Negara, cari Baktiar Naim.

13 April 2017
Prakata aku selamat masuk ke peti gmail Bard, sedia untuk dikompilasikan.

23 Jun 2017
Macam biasa kami berbalas ucapan raya. Ini aku dengan Bard je. Dengan budak-budak YBS yang lain memang takde berucap bagai lah, masing-masing dengan haluan sendiri. Mungkin kerna persahabatan kami yang lepas seperti aur dan tebing. Sesekali teringat momen.

8 Sep 2017
Bard share video Rose For Jeanne beraksi masa nak tunggu OAG lambat. Power seh. Sound mantap. Buku Lirikalbu in progress.

4 Okt 2017
Lirikalbu siap diterbitkan.

10 Okt 2017
Lirikalbu dilancarkan bersama sahabat-sahabat balai. Bard ajak aku mai, tapi aku busy kat Summit office shah alam, so suruh dia pegang dulu, sebab aku nak lepak sekali. Lama wey tak melepak.

17 Okt 2017
Aku set dengan Bard lepak kat Restoran Santa, power dengan Capati katanya kat sini, Betul-betul depan Hospital Tawakkal, tempat bini Yani kerja. Dia pong tak pernah lepak situ walaupun bini kerja depan tu ja, hehe. Jepp dan Ayu (Bini Jepp) serta anak bujang 2 orang nya pun ada sekali. Kesempatan yang ada kami bertanya khabar dan apa projek musik terbaru. Sebelum blah tu Yani dan Jepp sempat gak ajak aku mai berjamming kat Studio Balai. InsyaAllah.

27 Okt 2017
Aku create grup wasapp Rawkers Kental. Add Erol , Faiz, Telo, Bard, Yan, Jepp dan Talib dengan niat nak menyambung pertalian persaudaraan musik kami yang dulu pernah hangat di bawah tanah.

30 Okt 2017
Percubaan untuk jamming kat studio balai time waktu rehat setelah sekian lama. Memang lintang pukang aku main. Inilah akibat jika lama tak menggentel gitar. Tak boleh jadi, kena selalu belek gitar session aku tu.

Adakah masih ada harapan di tahun 2017 🙈

Tiada ulasan: