Isnin, 5 Mei 2014

Aktiviti Berenang Sempena Ulangtahun Ke-5 Kami

Selfie Family Ulangtahun ke - 5


1. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi atas segalanya.

2. Tanggal 02 Mei 2014 genap 5 tahun kami bersama-sama mengharung pahit manis kehidupan berumah-tangga.

3. Dulu berdua, sekarang dah berempat.


4. Sikap toleransi , sabar dan kefahaman tinggi antara satu sama lain adalah kunci kebahagiaan.


5. Hanya perlindungan Allah yang Maha Kuasa sebagai tembok kukuh mampu menghindari segala ganggu gugat.


6. Oleh itu pergi ke Taman Tasik Shah Alam , bawa si abang bermain playground.


7. Kemudian pergi ke Dataran SUK Shah Alam , makan cekodok kentang , lekor kelate sambil mengimbau memori berdating pertama kali , berkongsi cerita.


8. Lalu pergi ke Pusat Sukan Matsushita , bawa si abang bermain air di kolam renang.


9. Ekspresi gembira , riang & hilai ketawa menunjukkan si abang memang sangat teruja pergi ke kolam renang berbanding ke playground.


10. Dengan tiket dewasa berharga rm3 , sangat berbaloi untuk meluangkan masa bersama keluarga memandangkan abi & umi kan sentiasa sibuk.


11. Balik rumah si abang berkali-kali bertanya "bila kita nak pergi swimming pool lagi?".


12. Mungkin kolam plastik di Tesco mampu mengubat rindunya untuk berenang lagi.


13. Next plan beli swimming suit untuk si adik pula.


14. Mudah-mudahan satu keluarga pandai berenang , iaitu salah satu aktiviti sukan yang menjadi cara hidup Rasulullah SAW suatu masa dahulu , selain berkuda dan memanah.


15. Bahtera terus dikemudi berpandukan kompas dan bintang yang setia.


16. Semoga ombak dan badai bisa diharungi dengan selamat nya. Ameeeen.





3 ulasan:

Atie Kamal berkata...

Tahniah Anet & Fatin!

fathinirna berkata...

thanks atie! yup!abg sungguh teruja pergi berenang.hooreyyy

anetdoct berkata...

Terima kasih Atie !