Khamis, 6 Mac 2014

Kenderaan Gas Asli (NGV)



Salam Perpaduan,


1. Hari ini saya nak kongsi kan tentang NGV (Natural Gas Vehicle).

2. Saya pengguna Proton Persona Campro IAFM (Intake Air-Fuel Module) 1.6ltr Auto Transmission.

3. Sebelum membeli kenderaan ini, saya dan isteri membuat research dan menemui banyak komen negatif tentang kualiti produk ini.

4. Tapi Alhamdulillah, setelah berkhidmat sejak 2010 hingga saat ini, ia tidak menimbulkan masalah besar selain masalah central lock, power window (boleh setel di Service Centre).

5. Dengan perjalanan harian yang berkilo-kilometer, kegunaan minyak petrol sangat lah tidak ekonomik.

6. Umum mengetahui, enjin Campro ni purpose dia untuk performance, lebih kuat tujahan minyak lebih momentum perginya.

7. Sebab tu ramai yang guna Perodua MyVi sebab purpose nya untuk penjimatan (dari segi pick-up ini mungkin terbaik).

8. Tapi kami beli Persona sebab ruang cabin & bonet yang besar, lebih kepada faktor spacing - khas untuk kereta keluarga, balik kampung bonet mesti penuh barang.

9. Oleh kerana harga petrol semakin mahal, saya membuat keputusan untuk bertukar kepada NGV, walaupun sebelum ni ada sahabat yang pernah syorkan.

10. Sebelum memasang NGV pun kami membuat research dan hasilnya banyak komen negatif yang ditemui.

11. Tapi saya ambil yang positif, enjin NGV takkan rosak jika bengkel yang memasangnya bertauliah, cara anda memandu berhemah dan bukan untuk berlumba.

12. Kebanyakan enjin Campro yang masuk sistem NGV rosak kerna memandu melebihi had, sedangkan sistem NGV yang dipakai ialah manual.

13. Almaklumlah, enjin Campro dicipta khas untuk bahan api petrol, valve nya mudah bengkok jika kena haba yang terlampau tinggi dari hembusan NGV.

14. Jika nak laju, gunakan NGV system Auto atau Sequential, ataupun kekalkan guna petrol, sebab bawa enjin NGV memang perlukan kesabaran yang tinggi terutama dari segi pick-up dan halaju.

15. Tapi saya rela bawa perlahan semata-mata untuk berjimat.

16. Tapi antara berjimat dengan menambah pendapatan sampingan mana lebih untung ?

# Klik pautan banner di bawah jika anda mencari peluang pendapatan tambahan pasif yang berterusan dan berpanjangan, dalam masa sama hari-hari memang anda menggunakan keperluan itu :)

Tiada ulasan: