Khamis, 26 Ogos 2010

Wake Up, The House is on Fire!

Karya seni aku di tahun 2004 yang seterusnya berjudul 'Maafkan Aku Izlan'. Memainkan ritma ceritera yang hampir sama dengan 'Kamal' - keinsafan & degilnya seorang kanak-kanak.

Komik 1 shot, 8 muka yang memaparkan bagaimana kedegilan seorang budak membawa padah mengakibatkan rumah nya terbakar.


Jika diperhatikan dari plot ceritera, budak yang namanya Rosdie ni bagus, pandai masak dan bijak menghidupkan dapur gas. Disangkanya boleh handle, rupanya sang kucing bikin angkara. Siapa sangka, minyak tanah boleh la bau, tapi malang cannot smell maa.

Pada 12 Ramadhan 1431H aku mendengar berita perihal mercun buatan, yang berjaya mengorbankan 1 nyawa anak kecil berusia 6 tahun. Percaya atau tidak, anak tersebut melambung ke atas pokok dan mati serta merta kesan dari letupan mercun - belerang yang dimampat kan oleh abah nya dalam tong gas. Hebat bukan?

Tiada ulasan: