Isnin, 12 April 2010

Lagu Pokok Bunga Mawar


dia rawkstar picisan dalam gig berbau peluh, asap & khamar. 
mimpinya mahu jadi seperti sang seniman agung
yang mengecap kemasyhuran yang meninggalkan titik
tolak perubahan.

dalam masa sama menolak kebobrokan si lintah darat.
dalam keghairahan dia menggali lubuk emas yang membuat
setiap mata terpana, dia dipertemukan dengan si pokok yang baik.
pernah dengar lagu ini?

"ku tanam pokok bunga,
bunga mawar namanya,
ku siram dan ku jaga,
lama besar jadinya"

itu lah yg terjadi kpd
mantan rawkstar picisan tersebut.


Tiada ulasan: