Selasa, 20 Disember 2016

Selamat tinggal 2016 , Selamat datang 2017

Wow.. setahun juga aku tak update blog , rasa macam dah lupa cara nak mengarang ayat. Hehehe. Tapi demi matlamat yang jitu , ku gagahi jua menulis. Aku menulis bukan kerna nama. Kita sama , semuanya sama. Apa yang ada hanyalah, kehidupan. Dasar seniman , mesti nak masuk lirikal lagu. Cehwah.

Alhamdulillah , tahun 2016 ini kami sekeluarga dimurahkan rezeki dengan kehadiran cahaya mata ke-3 , boboy kedua. Kami sepakat memberikan namanya Muneer Budiman.

Muneer bermaksud Dia Yang Menerangi. Asalnya aku nak bubuh Munzir, tapi maksudnya agak keras, Yang Memberi Amaran. Tapi aku tukar sikit makhrajnya kepada Muneer, semoga kamu menjadi penerang kepada Abi ,Umi , Keluarga , Agama & Negara bila dewasa kelak.

Budiman ? Rata-rata yang mendengar nama ni memberi pelbagai reaksi, positif, awkward, aneh , bombastik dan hairan. Persis datang nya ajaran yang asing, dalam kesibukan mak ayah menamakan anak dengan nama-nama yang islamik dengan harapan mereka akan sesejahtera nama mereka jika diterjemahkan. 

Memang aku sengaja letak nama ala-ala ke-indonan, melayu klasik lama. Jadinya , bani melayu tak perlu nak google translate semata-mata nak tahu maksud Budiman itu, Jelas lagi terang dan faham, Budi - Berbuat Baik. Man - Orang. Orang yang berbuat baik, dibalas baik. Arwah atok aku nama Selamat - Sejahtera, Aman. Sempoiii. Baca atau dibacakan. Faham Jelas baru turunnya perbuatan. Ada yang action learned - buat dulu baru faham. Aceceh. Kes yang ni memang yang banyak langgar dinding. Macam aku.

Lahir border premature pada 12 September 2016 bersamaan 10 Zulhijjah 1437H, dengan berat yang border jugak 2.48kg. Muneer Budiman memang lain daripada abang dan kakaknya. Alhamdulillah dia dikurniakan kesihatan yang baik, cuma batuk yang tak baik-baik mungkin sebab sistem pertahanan badan yang belum kuat dan environment yang kurang sihat. Doa konsisten terus agar kahak degil lekas pergi. Fuhh Fuh.

Seronotnya dia dilagukan gurindam Marhaban nenek.


Tiada ulasan: