Jumaat, 30 Disember 2016

Matlamat 2017 Latest Update

Bismillahirrahmanirrahim ,

Bila masuk tahun baru tak sah kalau takde azam tahun baru, tahun lepas aku target velfire atau paling koman honda hrv, tapi jauh lagi, hahaha. Tapi lepas berguru dengan pakcik Robert T Kiyosaki, baru aku sedar betapa pentingnya pengurusan kewangan, property, positive cash flow, asset dan pelaburan. Selama 34 tahun mak nenek moyang kita termasuk lah aku telah dimomok-momok kan dengan doktrin abih belajar, cari kerja, cari duit. Hakikat sebenar, orang kaya tak kerja untuk duit, tapi duit yang buat kerja untuk duit. Nak tahu lebih, korang cari la buku-buku atau video Robert T Kiyosaki, berlambak. Ok, ini azam tahun 2017 aku :

DIRI :
1. Minimum Income 10k monthly. Capai 1st M by 36 tahun.
2. Setel hutang piutang. Gain knowledge dlm internet marketing, investment & take action pada bisnes dropship/affiliate/dealer & Investment.
3. Join gold & property investment. Kebebasan masa & wang. Membantu mak abah di kampung. Setel hutang². Tunai hasrat haji.
4. Beli & duduk rumah sendiri. Rumah sewa/sublet untuk positive cashflow.
5. Start balik penulisan blog niche peace kindness , art & musik untuk kumpul audience & tribe. Publish buku jual & derivatif license.
6. Buat lagu upload youtube & viral.

TIM :
1. Support sfsb & tim menerusi online marketing fb ads , google ads , youtube , twitter & instagram. Target 1000 followers.
2. Lari seminggu 2X naikkan fitness & BMI.
3. Kuasai renangan freestyle/kuak dada/kuak lentang.
4. Support event Perlis menerusi Online Marketing & Street Art awareness.
5. Target bawa family terbang melancong ke International School di Tahun Baru Hijriyah , pendedahan pada anak untuk sambung belajar kat sana.

Alhamdulillahirobbilalamiin 😇

Doa-doakan lah ye, ameenn..

Tiada ulasan: