Salam Perpaduan Semua :)
1. Lama sudah saya tidak menjenguk blog ini, jika ianya perabot sudah pasti mereput dan bersawang.
2. Nak bikin blog perlukan intuisi dan kemahuan yang kuat, alasan seperti masa dan gangguan lain hanya sekadar dogma yang rapuh untuk dijadikan titik faktor.
3. Baru-baru ni terbaca satu artikel menarik tentang pengurusan masa dan pengurusan kewangan.
4. Rupanya saya baru perasan bahawa masa itu sendiri adalah satu makhluk bernyawa, jika kita tidak guna sebaiknya ia bisa kaku sekadar penunjuk masa, tapi jika kita tahu menghargainya, ia boleh di-delay kan malah boleh dicepatkan, seolah2 kita ini memegang remote.
5. Demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian melainkan mereka yang berpesan kepada kebenaran dan kesabaran.
6. Yang lepas takkan kembali, Yang depan pantas berlari.
7. Semoga tahun ini membawa sinar harapan yang baru, bersama cahaya mata yang baru. Selamat datang ke dunia penuh pancaroba wahai puteriku Zeynea Esmeralda.
8. Zeynea (Bunga yang Cantik) Esmeralda (Permata Kehijauan).
9. Semoga dikau menjadi seorang anak yang solehah dan berguna kepada agama, bangsa dan negara.
10. Alhamdulillah doa kami dimakbulkan. Syukur kepadamu Ya Allah.
#Abang Aydeen seronok dapat adik setelah 4 tahun , boleh la dia buat kawan, selama ni nak bermain pun dengan abi dan umi saje :)
#Projek terbaru yang bakal meletop , insya-Allah :
4 ulasan:
wahhh..nama puteri awak tu kelasss sungguh! bila bersalinnya? x pernah tau pun. huhuhu. nampak sgt kita dah lama x jumpa kan :)
hai Sue, ape khabar ? hehe , terima kaseh. idea dari dua kepala , satu nak nama bunga , satu nak nama zaman kerajaan andalusya, bersalin 19 January yang lalu. hehe. itu la , lama benor tak jumpa dan tak buke blog. dengar cite babam kena ciken pox ye ?
sekarang dah sihat alhamdulillah. bestnya..kalau parents sue, mmg x dpt la nak bagi nama anak2 mcmtu..huhuhu..diorg agak islamic sikit..nama mesti nak yg x pelik2 je..tu la kan, lama sgt kita x jumpa..haah..dah kurus dah bambam tu, chicken pox ada tumbuh kt lidah, bibir dia..tu yg xnak makan, xnak minum susu..nnt upload la gambar baby..kasi tips sikit nk dptkan baby girl..hehehe :)
alhamdulillah.. syukur lah dah sehat.. ooh, parents kami ok je, asalkan maksudnye baik, tak menjadi masalah. walaupun tergeliat lidah mereka nak nyebutnya :)
haah, bambam nampak kurus, biasa tu normal sue bagi kanak2 yang sedang membesar, bila dah lasak badan dia pun susut, sama macam aydeen. tapi sebab tak sihat pun ye juga, mujur dah sembuh ye, lepas ni leh tambah berat lagi, hehe.
insyaAllah, nati saya share di sini gambar baby, tips nya xde la sgt rasanya, cume byk doa nak baby girl, hihi. dari segi makan, org rumah kurg mkn seafood kot. tapi rasanya sue lagi pakar coz anak sulung girl kan ? hehe :)
Catat Ulasan