Tanggal 19 January 2014M yang lalu ,
bersamaan 17 Rabiul Ula 1435H.
jam 12:15pm ,
lahirlah cahaya mata keduaku ke dunia ,
alhamdulillah seorang puteri yang sehat, cukup sifat & bersemangat.
Berjism Isipadu 3.32kg, lebih 0.12kg dari abang nya.
Zeynea Esmeralda nama diberi.
Zeynea, mengambil dasar perkataan arab Zain iaitu cantik, dan digabungi dengan perkataan Zenia iaitu sejenis bunga arab. Sebutan 'Zain-Nea' . Bunga melambangkan sifat kewanitaan, kelembutan, kecantikan, kesucian, kelemahlembutan.
Esmeralda, mengambil dasar perkataan Kerajaan Islam , Andalusya - Spanish bermaksud Zamrud. Permata kehijauan. Pengembara Europe pernah menggelarkan gugusan tanah nusantara sebagai Emerald (Permata Kehijauan) kerana dari atas langit ia kelihatan bersinar dan kehijauan, dan apakah maksud nya ? Mereka tahu, akan datang kebangkitan semula Islam adalah di situ.
Harapan Abi dan Umi agar dikau menjadi hebat seperti nama mu itu, insyaAllah.
Srikandi pelapis harapan agama, bangsa dan negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan