Khamis, 16 Jun 2011

Rumah Kata Pergi Kubur Kata Come As You Are

Beli rumah baru atau second bukan macam beli kereta okey. Apatah lagi membeli basikal. Jadi anda yang ingin menjual dan yang ingin membeli perlu membuat research sedalam-dalamnya tentang perkara ini - Membeli Rumah atau Hartanah. Silap haribulan boleh jadi Menang Sorak, Kampung Tergadai (Rujuk Filem Nujum Pak Belalang - babak berlawan teka-teki), eh.. ada kaitan ke?


Nampak je buruk, harga nya macam drakula hisap darah!




Antara perkara mustahak yang anda perlu ambilkira:
-Kedudukan kewangan simpanan peribadi yang cukup.
-Tempoh yang agak lama untuk proses dari booking hinggalah dah masuk ke rumah sendiri.
-Pengetahuan tentang selok belok jual-beli rumah dan prosedur nya.
-Dokumen² yang perlu didapatkan.
-Baca betul² bila tandatangan dan menyerah wang.
-Institusi kewangan yang mempunyai pakej terbaek.
-Pemaju yang berkaliber dan berprestasi tinggi.
-Ejen Hartanah yang boleh dipercayai.
-Peguam yang pantas bertindak.
-Penjual yang memahami dan bertimbangrasa.


Tiba-tiba pulak dia keluar warna putih, missoru betul!




Paling penting sekali, walau pun anda ada simpanan EPF, jangan sangka wang simpanan itu boleh diperolehi dengan mudah untuk bayaran wang muka beli rumah. Bak kata Ahlil Nujum, "Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagu nya". Anda kena hentak ruyung tu kasi pecah.


Oh, btw ada 1 rumah yang mudah untuk dibeli, bumbungnya 1, tiangnya dua batang, dalam nya 7kaki, lebarnya 3kaki. Anytime, anywhere, anyhow, anybody boleh masuk. Takdehal punya. Tapi ready tak ready je lah 'barang' nak bawak masuk nya. Kalau tak ready pun susah juga nak beli sebenar nya. Maksud nya boleh je dapat tapi bila dah masuk, sendiri mau hingat. Huhu T_T

4 ulasan:

suwara entertainment berkata...

yup..have to think wisely before buy it..klau nak beli rumah, beli ngan PKNS..rumah dah siap, dah ade CF, loan lulus, dpt kunci bley terus duduk..so far, saya lbh selesa berurusan dgn PKNS Property..rumah pun cantik..

saya lbh selesa nak beli rumah teres compare with apartment or condo..wpun jauh dr tmpt kerja, tapi rumah adalah aset yg plg susah kita nk dapat..klau nak ikutkan harga, condo lagi mahal dari rumah teres kan..

renung2kan dan selamat beramal..hehe

Nota kaki: kami kena hold niat nk beli rumah dulu coz nak bagi account company cantik skit..berkorban lah dulu 2-3 thn ni dok apartment yg xde lif..huhu

anetdoct berkata...

makasih sue sudi singgah & komen di blog ni.. betul betul betul.. memang membeli rumah ni byk benda yg kita perlu tahu, dari a-z, supaya tak mudah dikelepet oleh mereka yang suke memutar belit.

dapat pemaju yang berstatus establish mcm pkns dah ok sgt, ada modal, rumah confirm dlm tangan, dah ada depan mata, yg penting kite suke rumah yang gimana.

actually kami pun prefer rumah teres, tapi mandangkan harganya melangkaui kemampuan, rumah apartment juga menjadi pilihan. ada rumah teres yang murah, tapi sgt jauh-untuk jangka panjang memang tak daya kami nak merempit ke office.

hold dulu untuk kumpul modal-itu yang sebaik nye, kasi ekonomi mantap sikit baru teruskan dengan plan nak beli rumah, tapi kena cepat sue, nilai hartanah makin naik, kecuali kat tempat² yang pernah kena bencana alam, jauh dari fasiliti yang nilai dia turun. tapi xpe, biar lambat asal selamat.. hehe..

suwara entertainment berkata...

ikutkn perancangan mmg nk grab je mase g survey kt PKNS Property aritu..tp bila tnya, nk guna Skim Rumah Pertamaku, saya x layak sbb belum sah jawatan..klau bley guna pn, interest sgt2 tinggi 6.3% tau..so, nak x nak kena combine nama..kena la tggu jugak sbb zack kan baru je start biz..account company baru je nk bernafas..hehehe..tp mmg puas ati la klu beli ngan PKNS..

anetdoct berkata...

haa, kami pun memula tertarik dengan SRP (Skim Rumah Pertamaku) tu tapi ada syarat yang x lepas pula, plus dia bagi full loan, bermakna interest akan jadi lbih tinggi berbanding kalau amik loan biase, huhu. bgus lah dh start biz sndrik, sikit² lama jadi bukit gitu.. :)