Sabtu, 2 Julai 2011

Si Halus Semut Merah berdepan dengan Gajah Supersize

"Aku orang kecil,
Engkau orang besar,
Engkau ibarat gajah,
Aku hanya semut merah"

Petikan lagu Meggi Z - Aku Semut Merah
Musik retro dari Indonesia.

Ini lagu dangdut. Kawan lama saya tidak suka lagu dangdut.
Kalau dilihat dari lirik lagu berkenaan, ia menceritakan tentang
percintaan yang berbeza darjat. Umpama kisah dalam filem
P.Ramlee - Ibu Mertuaku atau Penarik Becha.

Kita lihat pula potongan ayat suci Al-Quranul Kariim;

An Naml ayat 18. "Hingga apabila mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut: Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tentaranya, sedangkan mereka tidak menyadari"

Mereka yang dikisahkan dalam ayat itu ialah seGerombolan tentera Kerajaan Raja Sulaiman.
Pada ketika itu dalam perjalanan menuju ke Kawasan Kekuasaan Puteri Balqis. Apabila terlihat
oleh semut-semut itu, mereka cepat-cepat bertindak menyembunyikan diri sedang mereka tiada
mengetahui bahawa Raja Sulaiman memahami bahasa semut.

Ada apa dengan semut? Ada pelajaran yang Allah nak beri pada manusia. Kerana tidak diciptakan tiap sesuatu
olehNya sia-sia. Semut bersatu-padu, bergotong-royong, beramai-ramai, membela permaisuri & koloni nya, rajin bekerja, punya deria yang tajam tak boleh nampak gula berkecah. Kecil pada fizikal, tapi jika dinisbahkan dengan saiz manusia, seekor semut mampu mengangkat sebij van. Kalau diumpamakan sebutir gula yang diangkat dengan sebiji van.

Semut yang kecil nampak lemah pada mata sang gajah, tapi hakikatnya 2 orang yang bersatu dan sabar adalah jauh lebih hebat dari 10 orang gagah yang berpecah-belah. Nak tahu apa maksud nya? Boleh tilik dan perhati sekitar anda, mana yang semut dan mana satu si gajah.

 

Tiada ulasan: