Isnin, 16 Ogos 2010

Bazooka Buloh Betong


Satu lagi petikan dari karya seni aku di tahun 2004. Yang ini bertajuk 'Kamal'. Komik 1 shot 8 halaman berkenaan budak degil yang kudung tangan kerna bermain sukan mercun. Adaptasi dari Buku Cerita Kanak - Kanak terbitan DBP. Mood penceritaan kali ini bercorak keinsafan tapi sudah terlambat untuk sebuah penyesalan. Ibarat kata pepatah "Nasi sudah menjadi bubur". 

 

Dari segi pengaruh & unjuran kaitan cerita ni tak banyak yang bisa dikaitkan kerna aku juga sudah agak lama tidak menceburkan diri dalam sukan ini. Pernah sekali tercucuh kaki dengan bunga api sekitar umur 6 tahun gara-gara tidak memakai gogle bagi menghindari percikan bunga api yang mengganas. Motivasi untuk anak-anak kecil agar menjauhi sukan mercun kerna risiko kehilangan anggota badan amatlah tinggi.


Hari ini 6 Ramadhan 1431H, rasa aku belum ada lagi khabaran perihal kemalangan akibat sukan mercun. Mungkin ada, tapi tenggelam dek kebanjiran kisah-kisah disposal anak-anak tak sah taraf yang sangat kasihan.

2 ulasan:

Jay Harun berkata...

dekat2 nak raya sok baru hip berita hilang tangan pasal mercun...

anetdoct berkata...

dekat² nak raya lagu raya ligat berkumandang